Ciri-ciri morfologi Ciku

Pokok ciku dan buahnya di Tamil Nadu, India.

Pokok ciku adalah pokok saka yang bersaiz sederhana dan tumbuh menegak dengan ketinggian maksima 10 meter. Ia mempunyai banyak dahan dan berbentuk piramid semasa kecil dan rendang apabila cukup matang. Batangnya berwarna perang tua dengan kayu yang keras dan liat. Pokok ciku mempunyai kadar pertumbuhan yang lambat dan banyak menghasilkan buah apabila cukup dewasa (matang). Keseluruhan bahagian pokok akan mengeluarkan getah berwarna putih apabila dilukai. Ciku ada akar tunjang jika ditanam menggunakan bahan tanaman dari biji benih tetapi jika pokok ditanam melalui bahan tanaman tut, hanya akar serabut sahaja tanpa akar tunjang. Daun pokok ciku agak tebal, berwarna hijau tua , berkilat yang bersusun secara berpusar dibahagian hujung ranting. Ukuran daun sekitar 5–13 cm panjang dan 3–6 cm lebar.

Bunga ciku adalah jenis 'lengkap' dimana mempunyai stigma dan bunga jantan pada kuntum yang sama. Bunganya mempunyai 6 kelopak berwarna putih dengan saiz ukuran 1.0-1.5 cm serta ditutupi dengan sepal yang berwarna keperangan. Bunga ciku dikeluarkan daripada axil pangkal daun atau pada hujung ranting. Kajian mendapati bunga ciku kembang pada waktu pagi tetapi kelopak tidak terbuka semuanya dan lazimnya bunga ciku berbau harum pada waktu malam. Kemungkinan proses pendebungaan bunga ciku oleh angin walau pun belum ada kepastian mengenai perkara ini. Bunga yang tidak yang tidak menjalani proses pendebungaan akan layu dan gugur.[perlu rujukan]

Buah ciku

Buah ciku adalah unik walau ada yang keliru dengan Buah Kiwi yang popular di Australia dan New Zealand sebagai komoditii ekspot penting peringkat antarabangsa. Buah ciku berbentuk bulat atau bujur lonjong bergantung kepada varieti. Ciku ialah buah klimakterik Saiz buah matang sekitar 4–6 cm lebar dan 5–8 cm panjang dengan berat 80 - 120 gram sebiji. Kulit buah ciku adalah nipis, berwarna perang dengan permukaan kesat dan bersisik. Buah muda agak keras, bergetah dan mempunyai rasa yang kelat kerana kandungan bahan tanin didalamnya. Lazimnya buah yang cukup matang perlu diperam selama 3-5 hari untuk masak. Biji ciku berwarna hitam, berbentuk bujur leper dan keras yang tajam dihujungnya dan ukuran 1–2 cm panjang dan 0.3–1 cm lebar.

Buah ciku yang dibelah dua

Rujukan

WikiPedia: Ciku http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/taxon.pl... http://agrolink.moa.my/doa/bdc/fruits/ciku/ciku.ht... http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72786... http://www.worldagroforestrycentre.org/sea/Product... https://books.google.com.my/books?id=_a9EAAAAQBAJ&... https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sauh https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sawo https://archive.org/details/aeg2034.0001.001.umich... https://www.proseanet.org/prosea/e-prosea_detail.p... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Manilk...